hjjjhb

Thursday, May 24, 2012

entah..

entah
setelah aku meredhakan ketiadaanmu..
kau tetap saja sering muncul dalam mimpi malamku..
entah
dekat..tapi tak tercapaikan oleh ruang dan waktu..
laman ini jua semakin suram...
entah
mana kau menghilang...
tidak sudi lagi menyapa aku disini..
entah
iya aku tahu kau telah berubah..
kau berjanji sumpah setia dengannya..
janji yg tidak mungkin kau leraikan..
entah
apa khabarmu..
masihkah perlu aku peduli..
kerana tiap kali aku masih peduli..
hanya duri rindu yg mencengkam hati.
entah
usah kau endahkan..
kerana ini takdir yg memilukan...

Sunday, February 26, 2012

Ya allah Ya Karim..si bujur kecil

ya allah ya karim..
terasa direntap-rentap seluruh sanubariku saat terlihat si bujur kecil itu..
bujur kecil yg sgt mulus..
bujur  kecil yg sgt suci..
wajah yg tak lagi noda oleh sekecil2 dosa

ya allah ya karim..
bujur kecil itu sgt meruntun hati..
bujur kecil itu nanti yg selayak-layaknya diberi sepenuh hati..

bujur kecil..
kau yg telah merubah firasat hati..
kau yg telah mencengkam seluruh rasa ini..
hingga aku tidak rela
kau diluka satu masa nanti.

ya allah ya karim..
seandainya saja bujur kecil ini milik ku..
sungguh sejuknya alam rahimku..
melihat sinar redup matamu..

bujur kecil..
doa ku dari kejauhan
semoga besarmu diberikan rahmat dan syafaat
semoga besarmu terdidik oleh ummi dan abi mu..

ya allah ya karim..
kuatkanlah hambamu..
kuatkanlah hatinya..
kuatkanlah imannya..
pasrah dan redha
hanya demi si bujur kecil ini..

Wednesday, February 15, 2012

mungkinkah kau hadir di situ..

mungkin kah kau hadir di situ..
merasai setiap hela nafas yg terhembus..
memahat setiap lisan yg tertulis..

mungkinkah?

kau hadir di situ..
merenung aku dgn sejuta rindu..
menanti aku dgn penuh pasti..
mengharap aku berlari pergi..

mungkin kah sayang?

kala ini..masih berbayang raut ku diluhurmu..
teriring doa dari kilafmu..
terbuai mimpi dalam lenamu..

mungkin..

keraguan ini sentiasa akan menggugat naluri..
memaksa aku dirantai janji..
sedangkan segalanya cuba kau campak kan..
jauh-jauh dari khayalan.

mungkin..


Friday, January 13, 2012

bukan-orang-penting

biarpun ku tidak lagi jadi yang paling utama
tapi bisa lagi jadi sisi sayapmu tika rapuh jatuh
biarpun aku bukan lagi yg teratas dalam senarai carta hidupmu
tapi mampu lagi aku senyum bila saat pahit manis terkenang kamu

ah.aku bukan orang penting.aku bukan juga siapa-siapa
lalu tetap juga kau enggan datang dan menyapa

lama ku terdiam..menyusun kata memerhati cara..
agar kau bisa sedar hati mereka yg tidak penting
juga hati manusia biasa.


Thursday, November 10, 2011

tanpa jemu

 wajah mu ku cari kan
dalam tiap waktu tanpa sedar
dalam  tiap waktu tanpa lena
hingga ku teresak padaNYA 
tanpa jemu ku mohon kan
hadirkan dirimu hadirkan senyum mu 

ku cari tenangnya rautmu
ku cari redupnya matamu
ku cari tanpa jemu sayang

namun ku kadang tidak terakal lagi 
hingga terkadangku lemah sendiri
kerana masih xmahu izin kau pergi

tanpa jemu kunanti walau seribu tahun lagi.







Wednesday, November 9, 2011

kemarau

kau bilang kau sayang sepenuh hatimu
tapi hanya mulut dipaksa bertutur
kerana kusepi meskipun bersama
rasa terpencil didalam jiwa

dirimu kini dah jauh berubah
dari yang ku kenali dulu
harapan xmemindah hakikat yang melanda
cinta dah mengabai kau dan aku

apa guna bersama bila kita saling kemarau cinta
menunggu masa untuk berpisah
apa guna berkasih jika hati sering merasa sedih
dan kemarau airmata

bila perasaan sayang makin guram
sinaran harapan makin kelam
mula lah mencari salah dan benci
walau xketemu jawapannya

Monday, October 31, 2011

Tropicana Trifle Honey Dew

assalamualaikum. :)

hye semua.rasenya da lama aku xbuat entry pasal makan.Lately sebenarnya aku banyak mencube resepi baru.dulu-dulu masa bujang bolehla ceduk apa-apa yang patot dari bonda.But now i have 1 more bonda which i called her 'mama'.heh gedik la.gitau jela yg itu mother in law kau. :D

err.about the recipe, aku nk share dessert terbaru yg aku dapat dari beliau.so nk jugakla kongsi dalam blogger kesayangan aku ni.hihi.manela taw kau orang boleh ceduk-ceduk jugak ape yg patot.hee.nak bagi rase.oopps sori .sila jemput ke rumah okey.then aku aku buatkan special puye . :) memang confirm korang akan menjilat habis.haha.



Bahan-Bahan
kek swiss roll - aku guna perisa BLUEBERRY. sebab tak jumpa yang lain boleh gak guna kek span,kek gulung dll.

1 tin buah-buahan campuran

1 tin susu cair

1 peket jelly cristal- PERISA IKUT SUKA.

4 sudu besar tepung kastard

sedikit esen vanila

7 sudu gula pasir

1 tin air-sukat guna tin susu

Cara-caranye
lapisan pertama-yang bawah sekali
-potong swiss roll anggaran 1.5cm pastu susun dalam bekas seeloknya dalam bekas kaca biar nampak susunannya tapi aku guna bekas TUPPERWARE biasa je.Pastu renjiskan sirap/air dari buah-buahan campuran biar kek tu lembab.(asingkan buah dan sirapnya)
lapisan kedua
-campurkan setin susu cair dengan satu tin air serta 7 sudu gula kedalam periuk dan masak diatas api sementara tu bancuh 4 sudu besar tepung kastard dengan 1/2 tin air.Bila agak mendidih masukkan bancuhan tepung kastard tadi kacau dan terus kacau sampai nampak likat dan tidak berketul jangan lupe sebelum tu masukkan esen vanila.Kendian angkat, TGGU SEJUK JAP. dan tuangkan keatas lapisan yang pertama tadi.
-taburkan buah-buahan campuran tadi.
lapisan ketiga
-masak jelly kristal ikut sukatan yang tertera pada kotak atau pek jelly tadi.bila dah masak dan nampak sejuk sikit tapi masih cair la tuangkan ke atas lapisan buah tadi.
aku guna agar-agar serbuk yang pek 20gm tu tapi saya rasa lagi elok guna jelly cristal.







okey.actually gambar diatas adelah dipinjam dari encik google.tengs ya.aku puya trifle asek xsempat nk snap>taw -taw aje da licin.huahuahua.tapi lebih kurang begini la rupanya. :)

jelly dlm gmbr tue perisa strawberry, yang aku puye perisa honey dew.lagi sedap kot.hee.kaler pn xsame la kan.honey dew akan berwarna hijau cam air kat pasar malam tue. hehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...