entah
setelah aku meredhakan ketiadaanmu..
kau tetap saja sering muncul dalam mimpi malamku..
entah
dekat..tapi tak tercapaikan oleh ruang dan waktu..
laman ini jua semakin suram...
entah
mana kau menghilang...
tidak sudi lagi menyapa aku disini..
entah
iya aku tahu kau telah berubah..
kau berjanji sumpah setia dengannya..
janji yg tidak mungkin kau leraikan..
entah
apa khabarmu..
masihkah perlu aku peduli..
kerana tiap kali aku masih peduli..
hanya duri rindu yg mencengkam hati.
entah
usah kau endahkan..
kerana ini takdir yg memilukan...
entah
ReplyDeletekadang hidup ini terlalu sakit
tapi percayalah
kau tidak sendirian
aku memelukmu dengan doa dan takkan pernah kulepaskan
jangan takut
itulah gurauan redha saat pedih menyapa :)
disini aku menatap langit
sambil berbicara dengan DIA
semoga kau diberi kekuatan :)
*awak,terima kasih eekk kerana menjadikan blog saya inspirasi awak,saya sudah letakkan link blog awak juga dalam list Terima Kasih Senja :),awak terima kasih eeek :)