hjjjhb
Monday, July 18, 2011
dia takdirmu disyurga
Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang kita bakal nikahi dan yang telah kita nikahi...
Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah..dialah wanita yang diamanahkan oleh allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga.Nasib kita dunia akhirat sangat berkait rapat dengannya.
Dia adalah jodoh yang telah ditakdirkan buat kita..dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama allah..Pada waktu itu bagaimanapun keadaan wajahnya,siapapun dia sudah menjadi soal kedua.
Jika takdirnya pahit untuk kita,terimalah sebagai ubat..katalah kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah bernikah dengan pilihan orang yang baik,tetapi jika takdirnya pasangan kita bermasalah..bersabarlah...
Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh allah untuk kita mendapat syurga.Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya tetapi siapa dia setelah menikah denganmu..Janji allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan,tetapi dipertengahannya..dipenghujungnya malah disepanjang jalan menuju syurga!
*****Cinta itu bukan alasan utama untuk dapat bahagia, kerana ramai juga bercerai kerana cinta.
****Ramai orang bercinta bagai hilang ingatan, tapi bercerai berai juga.
***Ramai yang kahwin suka sama suka, tapi rumahtangga kecoh.
**Ini bukan soal cinta atau suka.
*Inilah yang dikatakan takdirnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment